Thursday, 7 August 2014




 

 Kerutuk Ayam

Bahan A

  • 1 ekor ayam
  • 4 sudu makan rempah kerutuk
  • 2 cawan santan (1/2 kelapa)
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan minyak masak
Bahan B (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (digoreng)
  • 2 biji buah keras
  • 1 inci hlia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara membuat
  1. tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. masukkan rempah kerutuk dan kacau sehingga sebati.
  3. masukkan ayam,kerisik,garam,gula merah,dan santan.biarkan sehingga mendidih.
  4. masak sehingga pekat dan ayam manjadi lembut.
  5. pastikan kacau sekali sekala.
  6. hidangkan dengan nasi ataupun roti.

KALAU KORANG NAK TENGOK RESEPI LAIN PERGI KAT LINK BAWAH NI 

 

Triffle

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kek gulung (perisa mengikut citarasa)
  • 1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (3 sudu makan)
  •  1 cawan air
  • 1 tin buah-buahan koktel
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 cawan susu segar
Cara membuat
  1. campurkan tepung kastard,gula dan susu segar.
  2. masakkan sehingga mendidih. kemudian ketepikan.
  3.  potongkan kek gulung dan susun ke dalam bekas.
  4. kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi.
  5. tuangkan kastard di atas permukaan kek sehingga rata.
  6. taburkan buah-buahan koktel ke atas kastard.
  7. masakkan agar-agar segera dengan secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
  8. masukkan ke dalam peti sejuk.
  9. sedia dihidangkan.

 KALAU KORANG NAK RESEPI LAIN TENGOK LINK KAT BAWAH

 

Kerabu Betik ( Som Tam)

Bahan A

  • 1 biji betik mengkal ( saiz kecil) * warna jingga
  •  1 biji mangga muda
  •  1 sudu makan udang kering ( ditumbuk kasar )
  • 5 sudu makan kacang goreng (ditumbuk kasar)
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan gula
  • 7 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • garam secukup rasa ( sekiranya perlu)
Bahan B (dihiris)
  • 3 kacang panjang
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 2 labu bawang besar
  • 2 tangkai daun ketumbar
Cara membuat
  1. buangkan kulit betik dan mangga,kemudian racik memanjang.
  2. gulkan sos ikan,gula,jus limau kasturi.kacau rata.
  3. campurkan mbetik,mangga,kacang panjang,tomato,ciliapi,udang kering,dan kacang tanah. kemudian gaul rata.
  4. alaskan pinggan dengan daun salad,isikan kerabu betik dan boleh dimakan segera.
 
KALAU KORANG NK TENGOK RESEPI LAIN TENGOK LINK KAT BAWAH
SELAMAT MENCUBA 
 

 



Nasi Bukhari Ayam

Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong 8 dan dibersihkan)
  • 1 kilogram beras basmati ( dibasuh dan dituskan )
  • 3 sudu makan rempah bukhari (dibancuh)
  •  2 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair ataupun yogurt
  • 1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
 Bahan B (bagi menumis)
  • 10 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Cara membuat
  1. panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. masukkan rempah yang sudah dibancuh. kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
  3. masukkan air,susu cair ataupun yogurt,garam dan gula.biarkan sehingga mendidih.
  4. masukan ayam dan tomato.biarkan mendidih.
  5. masukkan bera dan daun ketumbar.biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
  6. apabila nasi sudah masak,gembur dan hidangkan dengan bawang goreng,gulai dalca serta acar timun mentah. 

NAK TENGOK BANYAK LAGI RESEPI YANG MENARIK KLIK LINK INI
SELAMAT MENCUBA 

Wednesday, 6 August 2014

 



Ayam Masak Lomak Cili Api

 Bahan A
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji kentang (dipotong 4)
  •  1 helai daun kunyit (dikoyak)
  • 2 cawan santan pekat (1/2 biji kelapa)
  • garam secukup rasa.
Bahan B (dikisar)
  • 20 biji cili api
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 cawan air
Cara membuat
  1. masukkan semua bahan kecuali santan pekat kedalam periuk. masakkan sehingga mendidih,sehingga ayam dan kentang empuk.
  2. masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga mendidih semula.
  3. rasakan masinnya dalam masakan dan tutupkan  api.
  4. hidangkan dengan nasi putih. 

NAK TAHU RESEPI LAIN KLIK LINK
  

 



 

Ketupat Sotong

Bahan-bahan
  • 1 kilogram sotong
  • 400 gram beras pulut (direndamkan selama 4 - 5 jam)
  •  5 inci halia (dihiris)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu teh halba
  • 4 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu teh gula
  • lidi kelapa dipotong 2 inci
  • garam secukup rasa
Cara membuat
  1. sotong dibuang kulit dan dibasuh sehingga bersih. toskan sehingga kering.
  2. beras pulut ditos dan digaul dengan garam. kacau rata.
  3. masukkan beras pulut kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
  4. tutup ruang terbuka sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi (supaya beras pulut tidak keluar).
  5. masukkan sotong dan semua bahan kedalam periuk.
  6. masakkan dengan api sederhana selama 30 minit sehingga kuah pekat.
  7. hidangkan dengan kuahnya.

KALAU KORANG NAK CUBA RESEPI ALA KELANTAN KLIK LINK NI